Wednesday, September 4, 2019

Tips untuk melancong


Di sini saya ingin kongsikan 10 tip ringkas dan menarik sebelum anda bercuti ke luar negara.
1.Tempah tiket seawal 6 bulan. Kalau boleh, sebelum merancang ke luar negara, survey tiket flight seawal mungkin. Ini bertujuan untuk mendapatkan tiket flight yang murah. Lagi awal lagi jimat!
2. Selidik atau study dahulu mengenai negara yang kita ingin kunjungi dari segi mata wang, bahasa, masyarakat, sejarah,  dan sebagainya. Ini bagi memudahkan perjalanan anda ke negara orang.
3. Tukar duit di pengurup mata wang sebelum berlepas. Alangkah baiknya jika kita selidik dahulu syarikat pengurup mata wang asing yang murah.
4. Aktifkan kad debit dan kad kredit kita. Ini bagi memudahkan sekiranya terjadi sebarang kes kecemasan di negara orang.
5. Beli adapter dan plug international. Setiap negara mempunyai plug yang berbeza. Jadi, kita disarankan untuk membeli plug international di mana-mana kedai yang berdekatan. Di kedai MR D.I.Y. ada menjual  plug ini dan harganya cuma RM 14.00. Murah bukan?
6. Membawa travel kit bagi menjimatkan ruang bagasi anda. Travel kit memudahkan kita untuk packing barang dan yang paling penting, jimat ruang!
7. Kenali musim atau cuaca di negara tersebut. Contohnya, ketika musim sejuk, pastikan kita membawa baju sejuk, stoking tebal, sarung tangan secukupnya. Ini bertujuan untuk menjadikan percutian kita lebih selesa dan gembira.
8. Bawa bekalan makanan yang secukupnya. Sesetengah negara sukar untuk kita mencari makanan halal. Jadi, jangan biarkan perut anda kelaparan!
9. Beli simkad negara tersebut. Simkad lebih murah berbanding roaming. Ini boleh menjimatkan kos anda, sekali gus memanfaatkan perbelanjaan yang ada.
10. Fotostat dokumen-dokumen penting. Contohnya, passport. Passport adalah pengenalan diri kita di negara orang. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, alangkah baiknya sekiranya kita bersiap sedia lebih awal.

Diharapkan supaya 10 tip dan panduan di atas membantu kita semua bercuti ke luar negara. Semoga bermanfaat!

MANIS DAN MANIS


DERIA

❤ Perasan tak, level "manis" setiap orang itu tak sama walaupun pada 1 cawan air sirap yang mengandungi kandungan gula yang sama

Begitu juga dengan rasa masin pada gulai yang sama. Level "masin" anda dengan kawan anda mungkin berbeza.....
✌ Deria rasa lidah untuk rasa manis/ masin ini perlu dilatih..percaya atau tidak, jika anda sudah biasa dengan minuman tawar, anda akan rasa "TAK SEDAP" pada minuman yang terlalu manis......
❤ Jika anda telah terbiasa mengamalkan makanan kurang garam, hanya sedikit garam sudah CUKUP untuk memberikan rasa kepada makanan....

✌ Apabila lidah sudah biasa dengan makanan MANIS dan MASIN, deria rasa semakin tidak sensitif dan lebih banyak gula/ garam diperlukan untuk memberi rasa yang di ingini.....

Graduation

After 3 years of service in HKL, I started by distance study degree in nursing. Travelling almost every weekends to Sungai Petani is most tired period. Getting married and settle down with in laws family really challenging during study times. But my husband is really helpful and stay beside me all the time encourages me to complete my studies.

The day had arrived after, most awaited day after 3 years of studying is graduation day. Completed Bachelor of Nursing with Honour with guidance and appreciate by family members. Best present for my family members, friends
and husband.

Planning for master in nursing after my delivery of child. Maybe next year but will choose local university to help me cope with my new family member (my Child), working and study.

kelas Blog

Hari ini kami belajar kelas asas penulisan blog.

Blog aktif, minima 5 posting sehari.