Di sini saya ingin kongsikan 10 tip ringkas dan menarik sebelum anda bercuti ke luar negara.

2. Selidik atau study dahulu mengenai negara yang kita ingin kunjungi dari segi mata wang, bahasa, masyarakat, sejarah, dan sebagainya. Ini bagi memudahkan perjalanan anda ke negara orang.
3. Tukar duit di pengurup mata wang sebelum berlepas. Alangkah baiknya jika kita selidik dahulu syarikat pengurup mata wang asing yang murah.
4. Aktifkan kad debit dan kad kredit kita. Ini bagi memudahkan sekiranya terjadi sebarang kes kecemasan di negara orang.
5. Beli adapter dan plug international. Setiap negara mempunyai plug yang berbeza. Jadi, kita disarankan untuk membeli plug international di mana-mana kedai yang berdekatan. Di kedai MR D.I.Y. ada menjual plug ini dan harganya cuma RM 14.00. Murah bukan?
6. Membawa travel kit bagi menjimatkan ruang bagasi anda. Travel kit memudahkan kita untuk packing barang dan yang paling penting, jimat ruang!

8. Bawa bekalan makanan yang secukupnya. Sesetengah negara sukar untuk kita mencari makanan halal. Jadi, jangan biarkan perut anda kelaparan!
9. Beli simkad negara tersebut. Simkad lebih murah berbanding roaming. Ini boleh menjimatkan kos anda, sekali gus memanfaatkan perbelanjaan yang ada.
10. Fotostat dokumen-dokumen penting. Contohnya, passport. Passport adalah pengenalan diri kita di negara orang. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, alangkah baiknya sekiranya kita bersiap sedia lebih awal.
Diharapkan supaya 10 tip dan panduan di atas membantu kita semua bercuti ke luar negara. Semoga bermanfaat!